Thursday, 27 December 2012

1..2..3.. Senyum sikit.

Assalammualaikum.


1..2..3.. SENYUM...Klik-klik..Ok comei dah lawa dah segak dah.

Wah bukan main senyum depan kamera. Memang kamera tu boleh senyum balik dekat kita ka?Haish kalau kamera tu boleh senyum balik dekat kita tak sempat nak photoshoot pengsan dulu rasanya kita haha.
Alahai boleh pulak kita senyum depan kamera depan cermin. Siap bagi senyuman yang paling maneh lagi.
Cemburu betoi la dengan kamera dan cermin sebab ramai betoi orang suka senyum depan objek mati tu.

Sahabat-sahabat semua kalau depan kamera depan cermin kita boleh bagi senyuman kenapa dengan manusia yang boleh balas balik senyuman kita langsung kita tak berikan senyuman? Kenapa? Mengapa?
Susah sangat ka nak hadiahkan sebuah senyuman? Bukan kena beratur panjang, bukan kena cas duit pon kalau nak berikan senyuman. Habis tu kenapa susah sangat nak senyum.Tak kisah la nak senyum dekat orang sebaya kita ka, warga tua ka, warga asing ka, jiran sebelah rumah nenek ka, pakcik juai ikan kat pasar ka, uncle polis ka, tukang kebun sekolah ka, tak kisah la janji kita dapat berikan sebuah senyuman untuk mereka. Tak ka senang hati bila kita berikan senyuman dan dibalas kembali dengan senyuman.

Sedangkan kita sangat digalakkan memulakan hari kita dengan sebuah senyuman.Tapi orang zaman sekarang susah betoi nak berikan senyuman semuanya muka monyot ja. Kenapa hari-hari kita harus kita hiasakan dengan muka monyot? * monyot tu macam muka masam lebih kurang la. Kan dah tak manis lagi bila asyik monyot ja setiap hari. Ada ketui emas ya dalam mulut tu susah sungguh nak senyum. Haish kadang-kadang tu geram pulak nur. Untuk apa Allah anugerahkan kita sebuah senyuman tetapi kita tak manfaatkan sebaik mungkin.

Kalau boleh tu pagi-pagi senyum lah pada kedua orang tua kita.Apa ka orang selain cium tangan mereka kita juga boleh berikan senyum paling maneh untuk kedua ibu bapa ambik berkat la kata kan. Tapi kalau sampai dengan ibu bapa pun payah nak senyum tu dah lain cerita sangat dah tu. Tak elok kan kita sebagai anak masam ja depan ibu bapa. Sebelum nak berangkat ke sekolah atau ke tempat kerja atau ke mana-mana saja  kalau terserempak dengan jiran sebelah rumah tu senyum la dan lebih elok lagi sapalah mereka tu. Baru lah dikatakan peramah. Jangan sampai jiran sebelah rumah pun tak kenal masalah dah tu. Sedangkan jiran tu la orang terdekat tatkala kita dalam kesusahan kalau nak mintak tolong. Kalau pelajar sekolah yang nak ke sekolah dengan menaiki bas sekolah bila naik ja atas bas tu senyum lah kat pakcik bas tu , bagi salam, hormat mereka. Pak cik bas banyak berjasa bawa kita ke sekolah dan ambil kita di sekolah dan bawa dengan selamat. Bila sampai sekolah tu senyum la sikit dekat pak cik guard tu takmau sombong-sombong.
Kalau ternampak makcik cleaner ka mak cik, pakcik kantin ka senyum-senyum. Bagi salam haa kan manis orang kata. Rindu pulak nur dengan pak cik tukang kebun dekat sekolah kalau nur nampak pakcik tu nur selalu senyum dan bagi salam dan pak cik tu akan balas dengan senyuman maneh. Pantang jumpa pak cik tu mesti senyum yala dah selalu sangat sampai pak cik tu pon dah cam kita walaupun nur tak tahu nama pak cik tu hehe. Tapi itu hanya tinggal sebuah kenangan sebab dah habis sekolah kecuali kalau rajin nak pi ziarah sekolah lagi. Walaupun hanya sekadar senyuman kita boleh jadikan sebagai kenangan kan.

Senyuman kita tu lebih maneh dari gula tau sebab bukan senang nak dapat senyuman nye tak perlu pakai gula dah maneh dah. Nur selalu teringat kata-kata kawan nur nye dia cakap kalau dia buat air dia tak mau bubuh gula banyak-banyak sebab kalau dah tengok senyuman dia yang maneh tu air tu pun jadi maneh. haha. Haa kan maneh kalau senyum menawan dan tertawan.

Ingat lagu Dato' M. Daud Kilau dak? Alahai Dato' M. Daud Kilau penyanyi vateren tu. Eh vateren ya? hehe ikut suka hati jiwa raga nur ja cakap vateran memandai pulak. Tak kisah la janji Dato' M. Daud Kilau. Lagu dia yang Cek Mek Molek tu kan ada lirik dia macam nye......

Senyumlah senyumlah
Ah!Ha!
Cek mek molek.

Haa dalam lirik tu pun suruh senyum tak kisah la cek mek molek ka cek kak ka janji senyum. Jangan sampai orang cakap kita nye kedekut sangat nak senyum. Tapi senyum tu biar la berpada-pada juga jangan overdos sangat ya. Murah la dengan senyuman tapi mahal dalam pandangan. Wah macam mana tu memandai-mandai pulak ya. Macam nye maksud nur senyum lah selalu tapi jangan sampai pandangan kita tu kita tak jaga. Ingat  lelaki dan perempuan ajnabi harus ada batasan juga. Senyum dan tundukkan lah pandangan mu. Takut nanti syaitan tu cepat ja nak cari kesempatan. Takut nanti bila senyum dengan niat yang lain turun ke hati haa kan dah susah. Jangan-jangan elakkan ya. Mencegah itu lebih baik kan. Bukan nya lelaki dan perempuan ajnabi tak boleh senyum-senyum tapi berpada-pada lah.

*Bagaimana pula dengan Nabi Muhammad S.A.W. adakah senyuman plastik yang di lemparkan oleh baginda?Sudah tentu tidak, kerana mana mungkin senyuman buatan itu mampu mencairkan ramai penduduk Makkah dan Madinah.

Nabi Muhammd S.A.W. telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda.
Baginda mampu "menyihir" hati dengan sebuah senyuman. SubhanaAllah tak terkata sehebat itu sebuah senyuman daripada kekasih Allah. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman dan baginda
mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan
baginda menjadikan senyuman sebagai lawan berlumba dalam kebaikan.

Rasulullah S.A.W. bersabda, senyummu di depan saudaramu adalah sedekah. Al-Tirmidzi dalam sahihnya.




Sedangkan Charles Schwab berkata  bahawa senyuman adalah lebih bernilai daripada sejuta dolar. Jadi apa tunggu lagi banyak-banyakkan lah senyuman. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudia kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kita ketawa. Kita juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa daripada orang dewasa. Kanak-kanak yang berumur antara empat hingga
enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru itu tidak hairan lah jika orang dewasa lebih mudah di serang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. Kajian yang di buat oleh sekumpulan saintis  dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum
dan ketawa di kategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberikan tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Wah dah macam pakar pengkaji pulak. Maklumat boleh di cari di mana-mana bukan. Jadi kalau nur tahu apa salahnya kalau nur berkongsi. Ilmu pengetahuan itu milik Allah dia hanya pinjamkan kepada kita sementara jadi kongsikan bersama orang lain.


Sebelum terlupa nur ada terbaca  bahawa pujangga pernah menyebut senyum itu kelopak, ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya.

Jadi senyumlah tak perlu kata apa-apa.














*Maaf andai didalam penulisan ada serba kekurangannya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dalam diri nur sendiri.
Assalammualaikum. Maasalamah.




No comments: