Wednesday, 26 December 2012

Dengan Redha-Mu

Assalammualaikum.

Tengah-tengah malam nye tak boleh nak lelap pulak jadi nur nak kongsikan sebuah cerita mudah-mudahan bermanfaat dan jadikan sebagai teladan.Kalau benda baik itu kita amik jadikan teladan kalau benda tak baik jadikan sempadan tak gitu?


Berat rasanya bagi Hawa untuk membuat keputusan kali ini, keputusan yang bakal merubah rutin hidupnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang 'send'.

  "Salam. Awak, ini mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati, jaga iman. Solat jangan tinggal. Study elok-elok. InsyaAllah one day, you will be a great muslim doctor. Sorry for everything. May happiness will always be yours. Apa yang terjadi adalah kehendak daripada-Nya. Thanks for everything."

Hawa membaca balik SMS yang dikirim kepada Adam. Agak berdebar menanti reply dari si dia.

Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima. Dari Adam! Perlahan-lahan Hawa membaca SMS.

 "Terima kasih atas segalanya. Doa, nasihat Hawa bagi selama ini. Adam faham situasi sekarang. All the best Hawa."

Berderai air mata Hawa selepas mendapat SMS dari Adam. Sebab dia tahu, selepas ini keadaan mereka bukan seperti dahulu lagi. Tiada lagi SMS antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya pasal pelajaran. Tiada lagi. Nothing !


Hari itu sepanjang hari Hawa menangis di bawah selimut. Berjam-jam lamanya. Dari petang sampailah ke malam. Memang bengkak habis mata disebabkan terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun ada juga. Hawa tak ceritakan kepada teman serumahnya sebab dia tahu mereka tak akan faham keadaan yang dia hadapi. Terasa sangat lemah, Hawa menghantar SMS kepada naqibahnya, kak Ana. Hawa pernah ceritakan kemelut yang dia hadapi pada naqibahnya sebelum ini. Kak Ana banyak membantu Hawa selama Hawa menjadi anak usrahnya. Kak ana juga yang menasihati Hawa supaya menghentikan semua ini.

 "Salam akak. Saya dah cakap dekat dia. Ini kali terakhir kami contact each other. Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the right thing akak?"
 "Hawa menangis itu perlu untuk suatu pengorbanan. Menangislah banyak-banyak. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, you ' re are doing the right thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan pernah berpaling lagi Hawa. Awak mesti cekal. Allah dan Rasul sentiasa ada."
Memang Hawa sedia bila dia harus membuat keputusan seperti ini. Tapi dia mesti buat. Memang dia sangat sedih bila dalam masa yang sama dia rasa lega. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu apa yang telah dia lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa urusan yang penting ! Dia tidak menjaga ikhtilah seperti yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dia membawa imej wanita bertudung labuh. Dia juga tidak mahu mencemarkan imej akhowat lain yang juga bertudung labuh dengan perbuatannya itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tapi, yang paling penting, Hawa mahu berhenti berSMS dengan Adam sebab dia takutkan Allah. Dia nak berhenti bukan kerana kak Ana yang suruh tapi sebab Allah ! Hawa mahukan redha Allah. Sebab Hawa tahu Allah tak redha dengan apa yang dia sedang buat. Tanpa redha Allah, apalah makna hidup.Memang Allah izinkan Hawa berSMS dengan Adam. Tapi Allah izin tak semestinya Allah redha ! Lagipun, redha Allah perlu di cari bukan sekadar di nanti. Moga ini menjadi satu cara untuk Hawa peroleh redha Allah.

Hawa juga takut seandainya hidayah Allah tidak lagi hadir dalam hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang dia buat. Sebab dia tahu, dalam islam tiada istilah couple sebelum berkahwin. Setiap kali berSMS dengan Adam, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah :

" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk".    
(Al-Isra': 32)
Memang mereka tidak bercouple. Tapi teliti ayat ini dengan jelas, iaitu Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' ( jangan hampiri ) dan bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' ( jangan melakukan ). Ini menunjukkan , walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM.
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."

Memang matanya, telinganya tidak berzina sebab jarak jauh yang memisahkan mereka. Lagipun tiada calling-calling. Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Hawa sentiasa teringatkan Adam. Tidak pernah sehari pun hari Hawa berlalu tanpa teringatkan Adam.

Sebab itu Hawa nekad kali ini. Biarlah dia menderita sekejap. Err..mungkin lama juga. Tapi demi redha Allah, dia akan istiqamah. Memang mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Syurga tu mahal sangat dan perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah.

"Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi menggapai redha-Mu menjadi saksiku di akhirat sana."

"Selamat tinggal Adam. Memang saya nak sangat awak yang jadi imam saya suatu hari nanti. Saya nak awak yang jadi bapa kepada anak-anak saya nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya serahkan awak kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita, insyaAllah kita akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai. Tapi, andainya bukan awak yang tercipta untuk saya. Saya redha. Sungguh, Allah is the best planner kan?"

"Adam, semoga dirimu di sana juga terus istiqamah."


Alhamdulillah selesai juga penulisan kali ini. Ya inilah penulisan yang nur ingin kongsikan bersama.Harap maklum penulisan ini bukanlah hasil karya daripada nur tetapi dari - Artikel iluvislam.com. Nur hanya dapat kongsikan semoga memberikan manfaat buat sahabat-sahabat sekalian.




Ya, no love until akad kerana itu yang lebih baik.Inginkan cinta kita dijaga, dipelihara jadi no love until akad.InsyaAllah Allah ada percayalah dia telah aturkan segalanya untuk kita sedangkan dia juga sudah tentukan siapa jodoh kita sejak kita berada di dalam kandungan ibu kita lagi. Jangan bimbing jangan risau Allah dan janjikan sesuatu yang baik untuk kita cuma masa dan tarikh sahaja yang dirahsiakan.


Katanya inginkan cinta high class, high class kan dulu diri kita nye baru la dapat yang high class insyaAllah.Sekarang wujud istilah perigi cari timba, timba cari perigi lah. Macam-macam betul ya tak payah sapa-sapa cari sapa-sapa Allah dan tentukan. Kalau dicari andai dia bukan juga jodoh yang Allah tentukan tak menjadi juga kan. Kata orang perlu berusaha untuk cari jodoh sebabnya jodoh itu tak datang dengan sendirinya ya betul betul betul jodoh itu tak datang dengan sendirinya. Tapi tak bermaksud kita perlu ke hulu ke hilir mencari jodoh kerana kalau Allah tak tentukan untuk bertemu tak jugak bertemu kan.Ingatlah berusaha mencari itu dengan berusaha agar diri kita menjadi lebih baik dan persiapan diri itu mantap.Bila semua dan teratur dengan baik nanti adalah jodoh tu.


Ingat halal itu lebih berkat lebih indah lebih diredhai Allah. Jangan kita sesekali belakangkan-Nya. Tanpa dia siapalah kita ini. Apa yang Allah tentukan itulah yang terbaik. Mari sama-sama merebut dan meraih Cinta Ilahi.

Maafkan andai diri ini masih terlalu kerdil untuk berbicara soal hati dan perasaan hanya ingin menyampaikan apa yang termampu.Diri ini juga masih memperbaiki agar menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.SubhanaAllah Allah itu selalu menjaga kita jangan risau.


*Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada dalam diri nur sendiri.
Assalammualaikum.Maasalamah.











No comments: