Sunday, 6 January 2013

Gedung Ilmu Kenangan Terindah



Assalammualaikum.

Nampak kan bawah tu gambar. Kenangan bersama library. Gambar sebagai bahan bukti apa yang pernah kita harungi bersama wahai gedung ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas.




Masa yang berlalu tak pernah boleh di undur kembali. Teriak air mata berdarah sekalipun masa yang dah lepas tak kan kembali. Jadi di sini nur bukan la nak teriak air mata berdarah ka dak aih tak mau la hiperbola terlebih. Nur cuma nak imbas kembali masa-masa terindah dengan perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas Kedah nah bukan Pulau Pinang. Tragis sungguh bila sebut ja kepala batas konfirm ramai cakap owh Pulau Pinang ya. Alahai Kedah pon ada Kepala Batas juga hak mutlak Kedah. Marah pulak bunyinya. Terlebih overdos pulak sabar jangan terikut perangai syaitan tu tak molek. Sekarang nye sudah resign daripada perpustakaan. Rasanya tak puas lagi nak geledah perpustakaan tu. Geledah lah sangat bukan ulut buku pon saja buat rajin.


Manusia nye sering menyesal di kemudian hari. Kenapa? Sebabnya kita nye sering buat sesuatu tu tak sungguh-sungguh main-main ja banyak. Buat sesuatu halai balai ja. Lepas tu dah benda tu dah terlepas baru lah nak usaha betul-betul. Apa gunanya lagi! Sudah terhantuk baru terngadah. Itu lah peribahasa yang sesuai sesangat. Kaitan apa semua nye dengan library ya kaitan dia nur rasa macam nak imbas kembali masa di library. Rindu ingin kembali seperti dulu. Lepas nye tak dak dah kerja-kerja library yang kena buat. Kena cari bahan nye bahan tu. Adik2 yang amik tugas kakak-kakak dan abang-abang tahun 2012 tu buat kerja elok-elok. Jangan kecewakan cikgu. Apa lagi sekarang cikgu library cikgu baru pulak kan bantu cikgu sama. Rindu nak p sibuk-sibuk juai surat khbar,,rindu nak duduk atas library time assembly masa hari bertugas,,rindu nak sound budak-budak yang lari dari bertugas..sebenarnya bukan budak-budak tapi abang budak buat perangai macam adik-adik. Rindu tergopoh-gapah cari bahan bila time cikgu bagi cari bahan dah hampir tamat. Perhh amalan suka lengah-lengah kan kerja dan tergopoh-gapah di waktu-waktu akhir jangan diikuti. Rindu balik lambat sebab duduk dekat library tengok adik-adik study group. Adik-adik ja kakak-kakak,,abang-abang malas-malas sikit. Lepas nye tak boleh ikut rombongan dah. Tak boleh nak sibuk-sibuk. Kenangan itu dapat di ukir. Jangan sia-sia kan saat indah semasa di sekolah.

*Kali ini nur update sikit pasai life nur.
Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari dalam diri nur sendiri
Assalammualaikum. Maasalamah.



No comments: