Tuesday, 1 January 2013

Self Talk : Aku Pelajar Hebat

Assalammualaikum

Hari ini 1.1.2013 mula la pelbagai azam baru kan. Semua nya kemain semangat berkobar-kobar.Ok, that good! Kita perlu bersemangat pada tahun baru nye tapi ingat semangat tu biar berterusan kita perlu istiqamah jangan sekerat jalan. Haa kalau sekerat jalan ja takmau la tak syok la macam tu. Azam baru, harapan baru, niat baru, impian baru, haish semuanya baru pulak. Kalau budak-budak sekolah semuanya baru la ya. Wah sembang macam la dah lama sangat tamat zaman persekolah baru ja sebulan lebih mengada macam dah bertahun tamat. Tu la mudah lupa diri sangat nur nye. Ok first update untuk tahun baru nye nur nak publish psai self talk. Tahukan self talk tu apa. Tajuk self talk nur nye Aku Pelajar Hebat untuk pelajar-pelajar yang masih bersekolah boleh sesangat kalau nak guna self talk yang akan nur kongsikan. Ada hikmah rupanya pagi tadi bila tengah kemas-kemas buku yang dan tinggi menggunung tu terjumpalah helaian kertas self talk nye. Self talk ini bukan hasil karya nur sendiri tapi ini hasil karya cikgu nur tercinta iaitu Puan Roslina a.k.a cikgu Ina. Cikgu kaunseling yang hebat, sempoi dan berklas dekat sekolah nur dulu.

Self talk nye nur dapat semasa suntikan terakhir untuk pelajar SPM dan PMR 2012. Ceramah tu diadakan di KIST ( Kolej Islam Sains & Teknologi) di jitra. Bersama sahabat-sahabat dan adik-adik PMR membaca self talk ini di hadapan cikgu Ina. Masih terngiang-ngiang di telinga betapa semangatnya kami melontarkan suara membaca self talk ini sehingga ada pelajar yang teresak-esak menangis kerana tidak dapat menahan perasaan. Nak tahu sentuhan di dalam self talk ini yang dibuat oleh cikgu Ina sehingga memberikan impak yang agak ketara terhadap pelajar. Silalah baca di bawah dan hayati semaksimum mungkin.





Aku seorang pelajar yang hebat. Aku hebat..aku hebat daripada apa yang aku sangkakan. Apa yang orang lain katakan terhadap aku semuanya dusta belaka. Aku tahu siapa aku. Aku hebat..aku hebat..aku hebat..
siapa kata aku lemah..aku tidak lemah seperti mereka katakan..akan aku buktikan kepada sesiapa yang berkata demikian..kerana aku kenal siapa aku..jangan kau berkata apa-apa sebelum kau mengenali diri ini.
Aku adalah aku. Aku yang mengenali diri aku. Siapa yang kau yang ingin menilai aku..aku pelajar harapan sekolah..aku anak harapan ibu ayah..aku pelajar kebanggaan sekolah..aku anak kebanggaan ibu bapa..akan aku buktikan kepada mereka..aku pelajar yang bertanggungjawab..aku anak yang bertanggungjawab..
aku hebat..aku hebat..aku hebat.....

Ya aku seorang pelajar terbaik dan terpilih..akan aku pastikan mereka yang menaruh harapan pada diriku
akan berasa bangga dan terkejut dengan pencapaian diriku..tak akan aku izinkan mereka melihat aku gagal..
apa yang aku tahu ialah kemenangan untuk diri dan maruah ku..aku hebat..aku hebat..aku hebat.. Ya..tidak sia-sia ibu melahirkan aku..aku tidak akan menghampakan ayah dan ibu..ini anak ayah..ini anak ibu..jangan kau sangsikan..aku tidak akan memalukan mu..aku seorang anak yang hebat..aku pelajar yang terhebat. Aku hebat..lebih hebat daripada apa yang aku sangkakan.

Apa yang orang lain kata terhadap aku semuanya dusta belaka..aku tahu siapa aku..siapa kata aku tidak hebat..siapa kata aku lemah..siapa kata aku tidak boleh capai target aku dan target sekolah..aku tidak lemah seperti yang mereka sangkakan..kerana aku kenal siapa aku..jangan kau berkata apa-apa sebelum kau
mengenali diri ku.

Aku adalah aku..aku yang mengenali diri aku. Siapa kau yang ingin menilai diri ku. Aku seorang pelajar yang
rajin. Aku seorang pelajar yang terhebat. Aku hebat..lebih hebat daripada apa yang aku sangkakan. Apa
yang orang lain kata terhadap aku semuanya dusta belaka. Aku tahu siapa aku..aku hebat..aku hebat..aku hebat..aku hebat..aku boleh lakukan apa yang ingin aku lakukan. Akan aku buktikan kepada sesiapa
yang mengatakan aku pelajar yang lemah..kerana aku seorang pelajar yang terbaik dan terpilih. Siapa mereka yang merendah-redahkan kebolehan dan kemampuanku..mereka akan melihat aku berjaya..akan
aku buktikan kemenangan untuk diriku, keluargaku, dan sekolahku..aku tidak akn menghampakan ayah
dan ibu..ini anak ayah..ini anak ibu..jangan kau sangsikan..aku tidak akan mensia-siakan harapan ibu
dan ayah.




Ingat kita perlu selalu keep calm, think positively and just trust on yourself. InsyaAllah everything gonna be alright. Self talk nye bukan cuma untuk pelajar sekolah sesiapa pun boleh memanfaatkan self talk nye sebaik
mungkin dengan cara dan teknik sendiri. Bagi yang dah tak sekolah tu tukar la cara ayat dia tak perlu la ikut sebijik-sebijik kan. Nur hanya ingin berkongsi selagi termampu. Diri kita juga mampu melakukan yang
terbaik insyaAllah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan akhir sekali  tawakal dengan segala ketentuan
daripada Allah s.w.t. InsyaAllah kejayaan pasti akan datang dengan redha Allah.



*Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari dalam diri nur sendiri.
Assalammualaikum. Maasalamah.



No comments: