*Hanya sekadar gambar hiasan. |
Kakakku...
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu..?
Asyik bertemankan tangis dan sendu sahaja..
Bidadari:
Wahai adikku...
Bukan wanita itu lemah dek kerana
tangis dan sendunya..
Tetapi di situlah wahai adikku
kekuatan yang boleh meleburkan ego seorang lelaki...
Menjadi izzah yang paling gagah...
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki..
Kerana sendu rayunya
Musa a.s. terselamat dari kekejaman firaun..
Duhai adikku...
Lembut wanita itu bukan kerana lemah
tetapi itu adalah senjata mereka...
Penghuni syurga:
Namun wahai kakakku...
Wanita itu fitnah dunia...
Bidadari:
Pernahkah adikku dengar
pesanan ilahi pada hambanya..?
Wahai lelaki-lelaki yang beriman...
Tundukkanlah pandanganmu
dan tutupkan auratmu..
Cuba adik nilai...
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan
pesanannya..?
Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal...
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin terlihat akan wanita
yang menjadi fitnah pada dirinya...
Dan tidaklah Allah lupakan pesanannya
buat wanita agar memelihara auratnya...
Kerana disitulah kehormatannya...
Bukan fitnah semata-mata...
Jikalau Ar-Rijal dan An-Nira
sama-sama mematuhi pesanan ilahi itu
sesungguhnya wanita yang beriman
yang solehah itu lebih baik
daripada ribuan lelaki yang soleh...
Penghuni syurga:
Tapi kakakku...
Kenapa wanita itu menjadi peragaan..?
Tidakkah mereka merasa malu..?
Bidadari:
Wahai adikku sayang...
Al-Haya ( sifat malu)...
Wujudnya seiring dengan nafas insani..
Dan Al-Haya itulah pakaian iman...
Pada diri wanita itu indah Al-Haya
sebagai pembenteng diri...
Namun...
Bila mana Al-Haya itu lebur
imannya runtuh...
Kenapa mereka merelakan diri
menjadi perayaan..?
Kerana mereka sebenarnya paranoid...
Merasakan diri mereka belum cukup menarik..
Mereka sebenarnya yang kalah dari
segi psikologi...
Namun adikku...
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka
daripada perbuatan murahan itu...
Wahai adikku..
100 keindahan penciptaan wanita...
Pandai-pandailah dikau memilih..
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir..
Wahai adikku...
Janganlah adik gusar...
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan janganlah engkau sekali-kali
Merendahkan dirimu...
Menggugurkan diri menyembah tanah...
Sedangkan engkau sebenarnya
telah Allah jadikan
begitu tinggi martabatnya...
#Allahuakbar betapa tingginya martabat kaum hawa..
Allah dah menjadikan wanita itu perhiasan dunia..
Jadi pandai-pandailah menjaga diri agar tidak hilang
perhiasan dunia itu..
*Sesungguhnya kaum hawa itu begitu berharga..
Sekian dari nur. Semoga sama-sama mendapat manfaat dan berubah ke arah yang lebih baik.
Yang baik itu pastinya datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari dalam diri nur sendiri.
Assalammualaikum. Maasalamah.
No comments:
Post a Comment