Assalammualaikum.
Taraaa..! Entry baru semoga mendapat manfaat..!!
Pertama kali mari kita sama-sama ucapkan Alhamdulillah
bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih dapat bernafas sehingga ke hari ini
dengan kuasa Allah s.w.t. tanpaNya maka kita bukan siapa-siapa. Kali ini nur
menulis mengenai cinta. Ya cinta! Perkataan yang tak pernah lekang dari mulut. Perkataan yang tak
pernah terlepas didengar oleh halwa telinga. Perkara yang selalu menjadi
tarikan dan topik paling hangat dan menyengat. *Menyengat la sangat
kan mengarut saja. Cinta itu adalah anugerah daripada Allah
yang patut kita fahami sebaik mungkin. Tapi kali nur bukan nak menghuraikan
maksud cinta atau sewaktu dengannya. Kisah cinta-cintun yang dilarang dari sisi
agama memang sudah di tapis sebelum dimuatnaik kan di dalam blog ini. Kali ini
nur nak berbicara mengenai tak kenal maka tak cinta, bukanlah antara percintaan
kaum Adam dan Hawa, bukan sama sekali. Tak kenal maka tak cinta yang ingin nur
sampaikan adalah mengenai idola umat islam dan idola nur sendiri siapa lagi
kalau bukan Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur tak terhingga kerana menjadi menjadi
salah seorang umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana hal ini adalah merupakan sebesar-besar
nikmat yang wajib disyukuri oleh setiap umat Nabi Muhammad s.a.w. Kenapa kali
nye nur menaip mengenai topik tak kenal maka tak cinta dan dikaitkan dengan
Nabi Muhammad s.a.w. kerana mungkin keberangkalian ada yang sudah membaca
mengenai perihal hidup Nabi dan apa yang di lalui oleh Nabi. Tapi nur ingin
berkongsi dengan kawan-kawan semua sedikit mengenai apa yang pernah terjadi di
dalam hidup Nabi Muhammad s.a.w.
Kisah 1.( Rasulullah s.a.w. dengan pengemis buta.)
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis
Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang
yangmendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila,
dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka
kalian akan dipengaruhinya”. Namun, setiap pagi Nabi Muhammad Rasulullah SAW
mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun
Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan
pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini
setiap hari sampai beliau wafat.Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak
ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta
itu.
Suatu
hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah
anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW
dan beliau bertanya kepada anaknya itu,“Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang
belum aku kerjakan?”
Aisyah
RA menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak
ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja”
“Apakah
Itu?” tanya Abubakar RA.
“Setiap
pagi Rasulullah SAW selalu pergi keujung pasar dengan membawakan makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana” kata Aisyah RA.
Keesokan
harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan
kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan
makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya,
si
pengemis marah sambil menghardik, “Siapakah kamu ?”
Abubakar
RA menjawab, “Aku orang yang biasa.”
“Bukan!
Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku” bantah si pengemis buta itu.
“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah
mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi
terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku”
pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar
RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis
itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.Aku adalah salah seorang
dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad
Rasulullah SAW”.
Seketika
itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan
kemudian berkata,“Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya,
memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan
membawa
makanan setiap pagi, ia begitu mulia…”
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
makanan setiap pagi, ia begitu mulia…”
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Kisah 2.( Rasulullah s.a.wl. dengan wanita tua.)
Seorang wanita tua selalu menyakiti
Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang
selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas,
Bagindai SAW sentiasa bersabar.,.
Suatu hari ketika berjalan, Rasulullah
melihat bahwa wanita tua yang suka menyakiti baginda Rasulullah tidak ada di
tempat biasanya. Di tempat yang biasa baginda lalui selalu saja wanita itu
menaburkan duri dan najis. Baginda Rasulullah kemudian bertanya kepada orang
perihal wanita tua itu. Ternyata wanita tua itu telah jatuh sakit. Tiada
seorang pun menziarahinya Lalu baginda Rasulullah datang menziarahinya.
Dibawanya hadiah.
Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya.Ketika berjumpa Rasulullah, wanita tua itu menyangka bahwa Rasulullah akan balas dendam dengannya. Wanita tua itu berkata, " Wahai Muhammad (dia memanggil Rasulullah dengan Muhammad saja), engkau hendak membalas dendam kepadaku ya! Mentang-mentang aku sakit?"
Baginda Rasulullah menjawab, " Tidak, saya dengar Ibu sedang sakit, saya datang untuk ziarah. Ini ada hadiah untuk Ibu".
Maka menangislah wanita tua itu dan berkata, " Baru aku tahu bahwa orang yang paling aku tentang itu adalah orang yang paling baik."
Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya.Ketika berjumpa Rasulullah, wanita tua itu menyangka bahwa Rasulullah akan balas dendam dengannya. Wanita tua itu berkata, " Wahai Muhammad (dia memanggil Rasulullah dengan Muhammad saja), engkau hendak membalas dendam kepadaku ya! Mentang-mentang aku sakit?"
Baginda Rasulullah menjawab, " Tidak, saya dengar Ibu sedang sakit, saya datang untuk ziarah. Ini ada hadiah untuk Ibu".
Maka menangislah wanita tua itu dan berkata, " Baru aku tahu bahwa orang yang paling aku tentang itu adalah orang yang paling baik."
Dengan keperibadian mulia yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua
tersebut memeluk Islam di tangan Baginda .
Dah habis baca kan..! Bagaimana hebat
betul aura Nabi Muhammad kerana sikapnya,,kasih sayangnya,,hati nya yang
lembut,,penyanyangnya,,sikap pemaafnya dan banyak lagi sifat Rasulullah s.a.w.
yang mampu meluluhkan hati sesiapa sahaja meskipun orang itu sangat membenci
Nabi. Apa yang mampu nur ucapkan SubhanAllah,,, hebat..!! Jadi kita tak boleh
sewenang-wenangnya membenci seseorang itu kerana kalau tak kenal maka tak
cinta. Setiap orang Allah jadikan mempunyai kelebihan masing-masing.
Sekian untuk post kali nye. Maaf juga
kerana agak lama membiarkan laman ini menjadi sawang dengan tidak mengupdate
kan perkara-perkara baru. Apabila kemalasan melanda begitu lah jadinya semua
perkara malas.
Apa yang baik itu datangnya daripada
Allah dan apa yang buruk itu datangnya dari dalam diri nur sendiri. Semoga menerima
kekurangan yang terdapat dalam blog ini.
Assalammualaikum. Maasalamah.
No comments:
Post a Comment