Wednesday, 12 June 2013

Kaktus VS Mawar




Mawar sekuntum bunga yang mekar
indah , cantik , menarik
baunya yang harum semerbak

warnanya yang pelbagai sangat menarik
apatah lagi warna merah yang begitu menyerlah
mampu menawan hati para wanita

bahkan tangkainya mempunyai duri
yang boleh mempertahankan diri

Bagaimana pulak dengan kaktus..??
kecantikan kaktus memang tidak setanding
dengan kecantikan mawar yang begitu jelita

tetapi ia mampu bertahan lama
mampu menyimpan air sebagai bekalan
tatkala mereka kehausan
mampu bertahan di tempat yang panas , kering
seperti di gurun

Kaktus jarang menjadi tarikan orang
malah sama sekali tidak di pandang

sememangnya kaktus tidak secantik mawar
hanya di pandang sebelah mata

tiada tarikan pada kaktus
batangnya yang keras dan juga kasar
malah tidak mengeluarkan sebarang bau
warnanya apatah lagi langsung  tidak menyerlah

Tetapi kaktus mampu berdikari mampu bertahan
kita tak perlu menyiram kerana ia mampu subur
dengan sendiri
malah sama sekali tidak menyukarkan
kita untuk memeliharanya

Tapi mawar malah sebaliknya
perlu jaga dengan rapi
perlu di siram selalu
perlu dirawat dan perlu berhati-hati

mawar mempunyi duri di tangkainya
akan tetapi kaktus mempunyi duri
di sekelilingnya
yang manakah akan lebih selamat
dan terpelihara..??

Mawar memang selalu menjadi tarikan orang
dek kerana warnanya yang menyerlah
serta baunya yang harum semerbak

akan tetapi kaktus jarang menjadi tarikan orang
kerana tidak ramai yang meminati kaktus
disebabkan kaktus tidak mempunyai daya tarikan

hanya sesetengah saja yang mampu menilai
betapa indahnya kaktus melalui keikhlasan hati

Yang mana menjadi pilihan kita..?
adakah mawar yang sering menjadi tarikan
orang ramai yang melihatnya ataupun
kaktus yang tidak menjadi tarikan orang..??

Kecantikan bukan untuk menjadi pameran
orang ramai tetapi hanya untuk yang layak
dan terpilih saja

Ibarat kaktus yang tidak menarik pada
pandangan orang ramai tetapi kecantikannya
hanya untuk orang yang tertentu

Hanya untuk orang yang mampu menilai dengan
mata hati yang dapat melihat kecantikannya

malah kaktus juga
mempunyai kecantikannya yang tersendiri
yang pastinya tidak dapat di lihat dengan mata kasar

bukannya mawar yang sering mempamerkan
kecantikannya pada orang ramai
sehingga menyebabkan banyak tangan kasar 
yang ingin merosakkan kecantikannya

Biarlah diri ini menjadi seperti kaktus
bukan untuk tarikan orang ramai 
akan tetapi hanya untuk yang dipilih 
oleh ALLAH s.w.t. 

Pilihlah pilihan terbaik bukan
hanya dek kerana kecantikan luaran yang
sering di pamerkan tetapi kerana kecantikan dalaman 
dan kecantikan akhlaknya
yang ikhlas dan tak dapat di lihat dengan mata kasar..

Sekian. Assalammualaikum








No comments: