Monday, 29 April 2013

Kisah Hamba Allah yang pertama.

Assalammualaikum.



Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS

Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS

Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS
.
Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS

Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

 Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : 
Az-Zubair bin Al-Awwam RA

Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

Orang yang pertama mengadakan baitul mal : 
Umar Al-Khattab RA

Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :  
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu kita. Semoga bermanfaat buat para sahabat. Semoga diberkhati dan diredhai Allah. Yang buruk itu datangnya dari saya dan yang baik itu datangnya daripada Allah.

Assalammualaikum. Maasalamah.


Monday, 18 March 2013

Solat sunat dhuha.

Assalammualaikum.


Solat sunat dhuha antara solat sunat yang tidak pernah di tinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. tanpa keuzuran dan umat islam sangat di tuntut untuk melakukannya. Abu Hurairah r.a. pernah berkata " Rasulullah s.a.w. berwasiat kepadaku tiga perkata agar jangan di tinggalkan ialah puasa tiga hari setiap bulan dan dua raka'at Dhuha dan Witir sebelum tidur.

Di sini nur bukan nak kongsikan cara solat sunat dhuha tapi nur nak kita sama-sama mendalami dan fahami maksud doa solat sunat dhuha dan sama-sama ingat doa solat sunat dhuha. Kalau boleh selepas solat sunat dhuha lebih afdalkan kalau kita berdoa dengan doa solat sunat dhuha. Kadang tu ada yang tak berdoa menggunakan doa solat dhuha sebab tak hafal dan belum betol-betol ingat. Tak pa kalau selalu kita amalkan selalu kita baca berulang-ulang In Shaa Allah dengan izin Allah mesti akan ingat dan dapat fahami dengan maksudnya sekali. SubhanaAllah sedap ja di dengar. Nur pun setiap kali dengar doa solat dhuha SubhanaAllah indahnya ayat suci dari Allah nye kan. Nikmatnya bila selalu boleh menghayati. Allahuakhbar terlalu agung nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Ini dia doa solat sunat dhuha dan maksudnya di bawah.


Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu. Kecantikannya kecantikanMu. Keindahannya keindahanMu. Kekuatannya kekuatanMu. Kekuasaannya kekuasaanMu. Perlindungannya perlindunganMu. Ya Allah, jika rezeki masih di langit turunkan lah. Jika di bumi keluarkan lah. Jika sukar permudahkanlah. Jika haram sucikan lah. Jika jauh dekatkan lah. Berkat waktu dhuha kecantikkanMu keindahanMu kekuatanMu kekuasaanMu. Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Doa solat dhuha- UNIC


Menusuk kalbu kan doa solat dhuha apalagi unic yang alunkan Allahuakhbar merdunya. Ulang banyak kali dengar pon tak pernah jemulah.

Nur nak kongsikan sikit fadilat solat dhuha nye.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan. Allahuakhbar tengoklah betapa pemaafnya,,pemurahnya dan penyanyangnya pencipta kita (Allah) kepada hamba-hambaNya.

Rasulullah s.a.w. bersabda "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan 'Dhuha'. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru, "Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha, inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah." [Hadis Riwayat At-Tabrani]

Rasulullah s.a.w. juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam'an, "Allah berfirman: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau  malas mengerjakan empat raka'at pada permulaan siang [solat Dhuha], nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya," [Hadis Riwayat Haklim dan Tabrani]

Kan banyak fadilatnya solat sunat Dhuha nye jadi apa salahnya kalau sempat kita manfaatkan masa dengan solat sunat Dhuha untuk tambahkan rezeki kan kan. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat istiqmah dalam melakukan sesuatu di jalan Allah In Shaa Allah. Nak buat pahala tak best sorang-sorang jadi sebab tu nak ajak ramai-ramai tambah pahala dengan solat sunat Dhuha. Masih ingat lagi masa masih belajar dekat sekolah dengan kawan-kawan kalau tak pi kantin akan pi surau untuk solat sunat Dhuha rindu pulak time tu nikmatnya bersama kawan-kawan.

Oklah setakat nye saja dulu perkongsian dari nur In Shaa Allah kalau ada lagi ilmu yang Allah bagi nur akan kongsi kan. Yang baik itu pastinya datang dari Allah dan yang buruk itu sudah tentu dari nur. Assalammualaikum. Maasalamah.