Thursday 28 February 2013

Antara bidadari dan penghuni syurga..!

Assalammualaikum sahabat semua..!


*Hanya sekadar gambar hiasan.


Penghuni syurga:
Kakakku...
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu..?
Asyik bertemankan tangis dan sendu sahaja..

Bidadari:
Wahai adikku...
Bukan wanita itu lemah dek kerana
tangis dan sendunya..
Tetapi di situlah wahai adikku
kekuatan yang boleh meleburkan ego seorang lelaki...
Menjadi izzah yang paling gagah...
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki..
Kerana sendu rayunya
Musa a.s. terselamat dari kekejaman firaun..

Duhai adikku...
Lembut wanita itu bukan kerana lemah
tetapi itu adalah senjata mereka...

Penghuni syurga:
Namun wahai kakakku...
Wanita itu fitnah dunia...

Bidadari:
Pernahkah adikku dengar
pesanan ilahi pada hambanya..?
Wahai lelaki-lelaki yang beriman...
Tundukkanlah pandanganmu
dan tutupkan auratmu..

Cuba adik nilai...
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan
pesanannya..?
Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal...
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin terlihat akan wanita
yang menjadi fitnah pada dirinya...
Dan tidaklah Allah lupakan pesanannya
buat wanita agar memelihara auratnya...
Kerana disitulah kehormatannya...
Bukan fitnah semata-mata...
Jikalau Ar-Rijal dan An-Nira
sama-sama mematuhi pesanan ilahi itu
sesungguhnya wanita yang beriman
yang solehah itu lebih baik
daripada ribuan lelaki yang soleh...

Penghuni syurga:
Tapi kakakku...
Kenapa wanita itu menjadi peragaan..?
Tidakkah mereka merasa malu..?

Bidadari:
Wahai adikku sayang...
Al-Haya ( sifat malu)...
Wujudnya seiring dengan nafas insani..
Dan Al-Haya itulah pakaian iman...
Pada diri wanita itu indah Al-Haya
sebagai pembenteng diri...

Namun...
Bila mana Al-Haya itu lebur
imannya runtuh...
Kenapa mereka merelakan diri
menjadi perayaan..?
Kerana mereka sebenarnya paranoid...
Merasakan diri mereka belum cukup menarik..
Mereka sebenarnya yang kalah dari
segi psikologi...

Namun adikku...
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka
daripada perbuatan murahan itu...

Wahai adikku..
100 keindahan penciptaan wanita...
Pandai-pandailah dikau memilih..
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir..
Wahai adikku...
Janganlah adik gusar...
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan janganlah engkau sekali-kali
Merendahkan dirimu...
Menggugurkan diri menyembah tanah...
Sedangkan engkau sebenarnya
telah Allah jadikan
begitu tinggi martabatnya...


#Allahuakbar betapa tingginya martabat kaum hawa..
Allah dah menjadikan wanita itu perhiasan dunia..
Jadi pandai-pandailah menjaga diri agar tidak hilang
perhiasan dunia itu..


*Sesungguhnya kaum hawa itu begitu berharga..
Sekian dari nur. Semoga sama-sama mendapat manfaat dan berubah ke arah yang lebih baik.
Yang baik itu pastinya datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari dalam diri nur sendiri.
Assalammualaikum. Maasalamah.












Wednesday 20 February 2013

Wanita tua masuk islam kerana budak kecil..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, di sini ada satu kisah menarik di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua.. insyaAllah




Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembutMinggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. -Wallahua’lam. 


*Kisah ini nur terjumpa di laman web salah seorang hamba Allah, untuk di jadikan sebagai pedoman dan teladan nur kongsikan di blog ini harap dapat memberikan manfaat. Budak kecil itu sangat hebat semoga dia menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang islam suatu hari kelak,,insyaAllah amin. Lakukan sesuatu itu dengan redha Allah insyaAllah semuanya berjaya. Allah maha mengetahui apa niat kita.
Assalammualaikum. Maasalamah.

Tak kenal maka tak cinta..!


Assalammualaikum.

Taraaa..! Entry baru semoga mendapat manfaat..!!


Pertama kali mari kita sama-sama ucapkan Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih dapat bernafas sehingga ke hari ini dengan kuasa Allah s.w.t. tanpaNya maka kita bukan siapa-siapa. Kali ini nur menulis mengenai cinta. Ya cinta! Perkataan yang tak  pernah lekang dari mulut. Perkataan yang tak pernah terlepas didengar oleh halwa telinga. Perkara yang selalu menjadi tarikan dan topik paling hangat dan menyengat. *Menyengat la sangat kan mengarut saja. Cinta itu adalah anugerah daripada Allah yang patut kita fahami sebaik mungkin. Tapi kali nur bukan nak menghuraikan maksud cinta atau sewaktu dengannya. Kisah cinta-cintun yang dilarang dari sisi agama memang sudah di tapis sebelum dimuatnaik kan di dalam blog ini. Kali ini nur nak berbicara mengenai tak kenal maka tak cinta, bukanlah antara percintaan kaum Adam dan Hawa, bukan sama sekali. Tak kenal maka tak cinta yang ingin nur sampaikan adalah mengenai idola umat islam dan idola nur sendiri siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur tak terhingga kerana menjadi menjadi salah seorang umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana hal ini adalah merupakan sebesar-besar nikmat yang wajib disyukuri oleh setiap umat Nabi Muhammad s.a.w. Kenapa kali nye nur menaip mengenai topik tak kenal maka tak cinta dan dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana mungkin keberangkalian ada yang sudah membaca mengenai perihal hidup Nabi dan apa yang di lalui oleh Nabi. Tapi nur ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua sedikit mengenai apa yang pernah terjadi di dalam hidup Nabi Muhammad s.a.w.


Kisah 1.( Rasulullah s.a.w. dengan pengemis buta.)

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yangmendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”. Namun, setiap pagi Nabi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,“Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”
Aisyah RA menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja”
“Apakah Itu?” tanya Abubakar RA.
“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi keujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana” kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya,
si pengemis marah sambil menghardik, “Siapakah kamu ?”
Abubakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa.”
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku” bantah si pengemis buta itu. “Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku” pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW”.
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,“Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa
makanan setiap pagi, ia begitu mulia…”
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Kisah 2.( Rasulullah s.a.wl. dengan wanita tua.)

Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar.,.
Suatu hari ketika berjalan, Rasulullah melihat bahwa wanita tua yang suka menyakiti baginda Rasulullah tidak ada di tempat biasanya. Di tempat yang biasa baginda lalui selalu saja wanita itu menaburkan duri dan najis. Baginda Rasulullah kemudian bertanya kepada orang perihal wanita tua itu. Ternyata wanita tua itu telah jatuh sakit. Tiada seorang pun menziarahinya Lalu baginda Rasulullah datang menziarahinya. Dibawanya hadiah.

Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya.Ketika berjumpa Rasulullah, wanita tua itu menyangka bahwa Rasulullah akan balas dendam dengannya. Wanita tua itu berkata, " Wahai Muhammad (dia memanggil Rasulullah dengan Muhammad saja), engkau hendak membalas dendam kepadaku ya! Mentang-mentang aku sakit?"

Baginda Rasulullah menjawab, " Tidak, saya dengar Ibu sedang sakit, saya datang untuk ziarah. Ini ada hadiah untuk Ibu".

Maka menangislah wanita tua itu dan berkata, " Baru aku tahu bahwa orang yang paling aku tentang itu adalah orang yang paling baik."
Dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda .

Dah habis baca kan..! Bagaimana hebat betul aura Nabi Muhammad kerana sikapnya,,kasih sayangnya,,hati nya yang lembut,,penyanyangnya,,sikap pemaafnya dan banyak lagi sifat Rasulullah s.a.w. yang mampu meluluhkan hati sesiapa sahaja meskipun orang itu sangat membenci Nabi. Apa yang mampu nur ucapkan SubhanAllah,,, hebat..!! Jadi kita tak boleh sewenang-wenangnya membenci seseorang itu kerana kalau tak kenal maka tak cinta. Setiap orang Allah jadikan mempunyai kelebihan masing-masing.

Sekian untuk post kali nye. Maaf juga kerana agak lama membiarkan laman ini menjadi sawang dengan tidak mengupdate kan perkara-perkara baru. Apabila kemalasan melanda begitu lah jadinya semua perkara malas.
Apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan apa yang buruk itu datangnya dari dalam diri nur sendiri. Semoga menerima kekurangan yang terdapat dalam blog ini. 
Assalammualaikum. Maasalamah.