Monday 31 December 2012

Man Jadda Wa Jada

Assalammualaikum




Man Jadda Wa Jada pepatah Arab yang bermaksud sesiapa yang berusaha dengan bersungguh-sungguh
pasti berjaya. Allah itu Maha Adil dan Dia Maha Mengetahui segalanya. Allah itu tahu siapa yang berusaha
dan siapa yang tidak berusaha. Siapa yang berusaha pasti Allah akan bantu kerana segala perbuatan kita Allah ketahui dan tidak ada sesiapa yang dapat berlindung daripada-Nya. Ketahuilah, segala yang kita inginkan perlukan usaha bukannya tunggu, termenung, berkhyalan jauh dan menanti akan jatuh bergolek di
depan mata. Oh tidak, kalau macam tu kemain hebat la tak payah susah-susah pi sekolah belajar tak 
payah masuk universiti tak payah pergi kerja sebab apa nanti duit turun dari langit. 

Jangan mimpi la selagi tak ada usaha kita tak kan dapat apa yang kita inginkan. Kalau kita hanya
duduk di rumah goyang kaki sekejap ke kiri sekejap ke kanan ja habuan yang kita dapat
ialah batang kayu buluh perindu daripada mak dengan ayah. Sudah la duduk goyang kaki kerja menghabiskan boreh ja kata mak ayah. Tak ka malu pada diri sendiri kalau tak malu kepada 
orang lain malula pada diri sendiri pun tak apa supaya ada kesedaran sikit. Jelas sangat yang kita nye 
begitu lemah dan teramatlah malas sehingga tak ingin berusaha untuk mendapatkan sesuatu..

Kalau di fikir-fikirkan balik andaikan halaman rumah dah macam hutan rimba kalau diri sendiri tak usaha ambil mesin rumpat dan seangkatan dengannya serta tarah semua hutan rimba tu tunggu la nanti halaman tu akan jadi hutan amazon. Wah kemain jadi hutan amazon bagai. Haa bagus sangat laa kalau dah tanam 
sikap malas dalam diri. Sikap yang tak ingin berusaha sampai bila-bila tak akan dapat apa yang
kita inginkan dengan titik peluh sendiri. Orang lain boleh berusaha untuk dapatkan sesuatu kenapa
kita tak boleh. Just percaya pada diri dan ingat Allah itu selalu ada untuk membantu. 

Katakan pada diri I can do it. Saya juga boleh melakukan lebih baik daripada orang lain. Selagi belum berusaha jangan ungkapkan kata tidak kerana belum cuba belum tahu. Meskipun  kita berkali-kali mencuba tetapi tetap masih gagal itu tidak bererti kita tidak akan berjaya kerana peluang itu masih menanti sehingga kita berjaya.
Berkali-kali gagal tak bererti kita akan selalu gagal selamanya. Allah itu maha adil kita tidak akan
membebankan kita cuma ingin melihat kekuatan dan kesabaran hamba-hambanya. Rezeki itu di tangan 
Allah bukan di tangan manusia. Sekali rezeki itu tidak dapat masih banyak rezeki lagi yang Allah ada untuk kita. Allah tidak suka pada hambanya yang cepat menyerah dan tidak mahu berusaha. Sedangkan para Nabi turut di berikan musibah dan ujian apa lagi kita manusia biasa. Para Nabi juga  turut berusaha untuk memperoleh sesuatu sedangkan mereka yang boleh meminta kepada Allah dan Allah s.w.t. akan segera 
menunaikan permintaan mereka, tetapi mereka tetap berusaha dengan titik peluh sendiri.

Selagi kita masih mempunyai kudrat untuk berusaha dengan lebih tekun berusahalah dan akhir sekali 
tawakal kepada Allah. Untuk suntikan semangat kita rujuk balik kepada pemilik microsoft yang kaya raya. Siapa yang tidak kenal dengan Bill Gates kan. 



Ingat kita masih ada Allah yang mendampingi kita dan kita tidak pernah keseorangan. 


*Yang baik itu pasti datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang dalam diri nur yang serba kekurangan ini. Harap segala salah dan silap dapat di tegur.

Sebelum tahun 2012 melabuhkan tirai nur ingin mengucapkan selamat tahun baru semoga tahun 2013 akan menjadi tahun yang lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Apa yang penting tingkatkan amalan kita selagi esok masih ada. Kepada adik-adik yang akan mula bersekolah selamat kembali ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Hati ini kembali rindu zaman persekolahan begitu cepat masa berlalu.
Assalammualaikum. Maasalamah.








1 comment:

Anonymous said...

I'm using the picture of this posting as my cover picture of my facebook. Sorry so much and I hope you OK with that.