Tuesday 11 December 2012

Raja di Hatiku

Assalammualaikum.




Kelmarin nur post pasai ratu di hati ku tapi hari ini nur nak post pasai Raja di Hatiku.Pasti dapat agak dah kan raja di hati nur siapa ^_^ ya bapak nur adalah raja di hati nur.Panggilan kita mungkin tak sama kerana ada yang memanggil lelaki hebat ini ayah, abah, abi, walid, papa, dan seangakatan dengannya kan.Lelaki yang hebat di dalam hidup kita lelaki yang selalu menjadi pahlawan di hati kita.




Lirik lagu seventeen iaitu ayah:

Engkaulah nafasku
Yang menjaga di dalam hidupku
Kau ajarkan aku menjadi yang terbaik

Kau tak pernah lelah
Sebagai penopang dalam hidupku
Kau berikan aku semua yang terindah

Aku hanya memanggilmu ayah
Disaat ku kehilangan arah
Aku hanya mengingatmu ayah
Jika aku tlah jauh darimu

Tatkala nur mendengar lagu ini hati menjadi sebak dengan lantunan iramanya yang sangat mendayu.Ayah adalah segala-galanya,dia banyak mengajarkan kita apa itu ertinya sebuah kehidupan.Ayah di kenali dengan sifat tegas, garang dan berdisiplin dalam setiap perkara.Semua sifat yang ada di dalam diri mereka itu adalah untuk mendidik kita menjadi insan yang berjaya dan menjadi anak yang baik.Ayah seorang yang kuat,tegar dan berani.Membanting tulang siang dan malam untuk mencari rezeki yang halal supaya kita dapat meneruskan hidup.Pengorbanan seorang ayah sangat hebat kerana selalu berjuang agar kita mendapat yang terbaik.Dari bawah ayah kita berusaha untuk memelihara kita walaupun pelbagai rintangan dan cabaran melanda kerana ayah itu tau anak adalah sebuah anugerah terindah yang Allah berikan.Tidak pernah dia peduli penat lelah dan sakitnya agar kita hidup senang.Mungkin ibu adalah orang yang paling dekat dengan kita segala luahan hati kita cerita kepada ibu tetapi ayah jarang ada masa untuk kita kerana dia mencari rezeki untuk kita agar kita dapat membesar dengan baik.Apa lagi kurangnya ayah kita.Betapa beruntungnya kita masih mempunyai ayah.Bila di fikir kembali bagaimana nasib anak-anak palestine yang masih kecil tetapi kehilangan ayah dan ibu mereka,bagaimana perasaan mereka yang tidak lagi mempunyai raja dan ratu di hati?Tetapi mereka tetap teruskan hidup kerana mereka begitu kuat untuk menjalani hidup mereka dan masih ingin berjuang hidup walaupun tanpa ayah dan ibu.


Tidak bersyukur lagi kah kita sedangkan kita mempunyai kedua-dua permata hati kita?Kenapa kita masih mensia-siakan mereka?Ingatlah pengorbanan mereka yang tidak boleh di ganti dengan duit melainkan kasih sayang dan penghargaan daripada seorang anak.Ayah itu adalah hero di hati kita.Dialah pahlawan yang terhebat bagi kita.



AYAH ADALAH HEROKU.AYAH ADALAH PAHLAWAN KU




Berdoalah untuk kedua ibu bapa kita setelah selesai sembahyang.Berdoalah untuk kebahagian mereka.Selama ini mereka telah berjuang macam-macam untuk kita.Tadahlah tangan untuk mendoakan kesihatan mereka agar sentiasa sihat dan dilindungi di mana mereka berada.Panjangkanlah umur mereka agar kita masih boleh membahagiakan mereka.Buatlah mereka tersenyum selalu walaupun bukan dengan kemewahan.Mari kita amalkan doa untuk kedua ibu bapa kita setelah sembahyang.



Amalkan selepas sembahyang ya sahabat.Tanpa mereka siapalah kita.Mereka mengajarkan kita menjadi manusia yang berguna.Segarang-garang ayah kita tetapi di dalam hati nya hanya ada kita yang dia kasihi dan cintai.Dia tidak pernah lupakan kita sebagai buah hati nya.Ayah adalah wali untuk anak perempuan.Betapa sedihnya ayah apabila dia harus melepaskan anaknya.Tapi dia tidak pernah menunjukkan perasaannya itu kerana takut kita risau akan dia.Betapa kuatnya ayah kita.Walaupun ayah jarang mengucapkan kata sayang kepada kita tetapi sedarlah bahawa ayah kita sentiasa mengasihi kita lebih daripada nyawanya sendiri.Tatkala kita terluka dia mengambil berat tentang kita.Tatkala kita sakit dia yang tergesa-gesa membawa kita ke klinik.Tatkala kita tiada selera makan dia akan mencari makanan kesukaan kita.Tatkala kita takut dia yang mengajarkan erti keberanian kepada kita.Betapa cintanya ayah kepada kita.Jangan sesekali kita mensia-siakan dia.Hargailah dia selagi dia masih ada bersama kita.

Nur tidak pernah lupa tiap kali nur ulang tahun tepat jam 12 malam ayah pasti akan buat tak tahu sedangkan dia tahu hari itu adalah hari ulang tahu nur sehingga nur bangun daripada tidur keesokkan nya ternyata ayah telah menyiapkan kejutan untuk nur.Setiap kali nur ulang tahun ayah tidak pernah lupa mengucapkan selamat hari lahir.Setiap kali ucapan itu keluar tiada lagi hadiah yang nur perlukan kecuali kasih sayang daripada ayah.Ayah itu adalah segala-galanya.Ayah  adalah lelaki yang patut kita cintai seluruh hati kita.


*Yang baik itu datangnya daripada Allah yang buruk itu datang daripada dalam diri nur sendiri.
Assalammualaikum.Maasalamah.

No comments: