Thursday 20 December 2012

Ujian Allah untuk hambanya

Assalammualaikum..

Sahabat-sahabat sekalian kali ini mari kita lihat diri kita renung-renungkan balik kenapa banyak musibah, ujian yang melanda diri kita ini.Apa sebabnya?Kepada siapakah kita ingin merintih?Kepada siapa kita memohon pertolongan tatkala kita berada di dalam kesusahan.Kenapa ujian sering melanda diri kita?Tertanya-tanyakan kenapa. 


Alhamdulillah macam mana dah dapat jawapan belum?SubhanaAllah.. MasyaAllah.. Astaghfirullahalazim.. Alhamdulillah.. Dengan memberikan ujian dan musibahlah salah satu cara Allah ingin mendengar rintihan kita terhadap Nya.Rindunya Allah dengan suara-suara hambanya yang selalu taat kepada Nya.Dia mencintai kita kerana itu pelbagai ujian dan musibah dia berikan kepada kita.

Tatkala pelbagai cubaan dan dugaan yang menimpa diri kita jangan lah kita mengamalkan sikap mengeluh tetapi bersyukurlah kerana Allah masih ada bersama kita mengingatkan kita untuk menjadi hamba Nya yang lebih baik daripada sebelumnya.Terkadang itu diri kita sangat cepat melatah ada saja keluhan dan pelbagai soalan keluar dari dalam diri kita kenapa?mengapa? diri kita yang harus menerima semua ini?Astaghfirullahalzim sungguh lemah iman kita.

Ujian dan dugaan adalah rahsia Allah s.w.t. tersendiri yang ingin menambah keimanan kita ataupun ingin melihat sejauh mana keimanan kita.Ingatlah bahawa setiap manusia yang Allah cipta pasti pernah mengalami masalah, ujian dan dugaan yang sangat berat bukan hanya diri kita.Tipulah jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak pernah mengalami musibah kerana setiap orang itu pasti mempunyai masalah dan Allah uji setiap manusia itu dengan berlainan masalah.

Pelbagai ujian dan dugaan yang menimpa diri kita dapat mematangkan diri, dapat membuka mata hati kita dan juga dapat membuatkan kita kuat semangat serta tidak mudah putus asa.Dunia kehidupan kita yang penuh onak dan duri ini perlukan keimanan yang kuat agar kita dapat mengatasi segala masalah yang datang dengan hati yang terbuka dan tidak dengan terburu-buru kerana kita harus bijak dalam menyelesaikan masalah.Sikap terburu-buru itu bukan satu jalan yang baik kerana dapat menambahkan masalah yang ada.Jangan muda cuai ataupun leka kerana syaitan amat menyukai kita yang ralat melakukan sesuatu.

Bila kita imbas kembali bukankah Allah telah berkata dengan jelasnya di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba Nya di luar kemampuan hamba Nya. Allah itu tahu batas kemampuan kita jadi Dia akan memberikan ujian yang sanggup kita galas bukannya semakin membebankan kita.Lihatlah betapa kasih dan cintanya Allah kepada kita.Hanya kita yang tidak tahu bersabar dalam menghadapi ujian daripada Nya.

*Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenagna. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupanya. Jika merasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika merasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Betapa beruntungnya sesiapa yang Allah sering berikan cubaan, dugaan dan ujian itu kerana semakin banyak ujian yang menimpa dirinya maka Allah begitu menyayanginya.Ujian daripada Allah itu sebenarnya INDAH tetapi terletak kepada siapa yang bijak dan tahu mentafsirnya. Dengan iman, tafsirnya lebih berasas.Dengan ilmu dan amal, tafsiran kita lebih jelas. Dengan keyakinan dan kepercayaan, tafsiran kita lebih tepat.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: " Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan." - Hadis riwayat at-Tirmidzi.

Pernahkah kit terfikir bahawa apa yang terjadi ini adalah disebabkan semalam atau yang terjadinya dahulu.Itulah Qada' dan Qadar Allah.Rahsia Allah yang tidak siapa pun yang mengetahuinya.
Apabila kita di himpit kesusahan jangan la kita menyeksa diri kita dengan membiarkan semua perkara yang terjadi itu adalah satu kesusahan tetapi berfikirlah dengan lebih positif dan jernih dan berkata bahawa ini semua hal yang indah Allah berikan kerana Dia begitu menyayangi ku dan masih bersama ku.Berfikiran lebih positif akan lebih mematangkan kita daripada fikiran yang sempit.

Bersabarlah jika ujian melanda.Biasakan bibir kita beristighfarlah insyaAllah hati akan lebih tenang dan fikiran sentiasa jernih untuk menghadapi masalah.Allah itu ada untuk hamba-hamba Nya yang sering mengingati Nya.Dia tidak pernah meninggalkan kita tetapi kita sebaliknya yang sering melupakan dan meninggalkan Nya.Ingatlah Allah tidak memerlukan kita tetapi kita yang lebih memerlukan Nya.

Mari ayuh tadah tangan berdoa dan merintih kepada Allah.Pasti Allah sangat merindukan rintihan doa daripada hamba-hamba Nya.Semoga ini menjadi pengajaran buat sahabat-sahabat dan juga untuk diri nur sendiri.Sama-samalah kita memperbaiki diri selagi esok masih ada.




*Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari dalam diri nur sendiri.
Assalammualaikum.Maasalamah.

No comments: