Monday 10 December 2012

Ratu di Hatiku

Assalammualaikum.

Sahabat sekalian nampak kan tajuk yang di atas Ratu  di Hatiku maksudnya  di dalam hati nur ini ada seorang ratu lah. Setiap orang pasti ada ratu di hati masing-masing. Ratu di hati nur ialah mak nur! Ya wanita yang telah melahirkan nur di dunia ini. Alhamdulillah bersyukur yang teramat sangat diri ini masih mempunyai ratu di hati dan masih boleh bersama-sama mengecapi kebahagian dan berkongsi suka dan duka bersma. Mak nur segalanya dan tak akan pernah ada yang boleh gantikan ratu di hati nur.




Untuk wanita yang begitu hebat ini pasti banyak panggilan untuk nya contoh nya mak, emak, ibu, umi, mama,
dan lain-lain. Keseluruhannya setiap hari pasti akan kedengaran perkataan " mak, emak, ibu , umi, mama" yang keluar daripada mulut kita sebagai seorang anak. Tak lekang di mulut memanggil ibu kita kerana sejak kecil kita sudah terbiasa dengannya.
Cuba kita senaraikan betapa banyak nya pengorbanan dan jasa seorang ibu terhadap anaknya.Cuba-cuba senaraikan mampukah?Sudah pasti kita tidak mampu kerana pengorbanan dan jasa seorang ibu itu luar biasa  
dan tidak dapat di tandingi.Sejak kita di dalam rahim ibu kita mereka sudah menjaga dan membelai kita sebaik mungkin takut terjadi apa-apa terhadap bayi di dalam kandungannya.Setelah kita di lahirkan kita di gendong dengan erat dan di jaga dengan berhati-hati sehingga lah kita meningkat dewasa dan berjaya menjadi anak yang soleh dan solehah kerana didikan ibu kita.Ibu menyayangi kita ibarat menatang minyak yang penuh.



Tiada siapa yang mampu menggantikan keadaan ibu yang terlalu banyak liku-liku dan dugaan yang ditanggung oleh mereka.Seorang ibu sanggup tidak makan dan tidak membeli baju baru untuknya semata-mata ingin membelikan perlengkapan sekolah untuk anaknya, akan tetapi anaknya hanya menganggap persekolahan hanya main-main.Kadang kita leka kita lalai sehingga menyebabkan hati bersih itu kecewa,air mata yang berharga itu mengalir dengan derasnya, dan penyakitnya semakin teruk.Sanggupkah kita kehilangan ratu hati kita?Setelah ratu hati kita siapa yang dapat gantikan dia di hati kita?Tidak pernah ada kerana ratu di hati kita hanyalah satu-satunya ibu kita.



Apa lagi kekurangan ibu kita?Dimana keburukkan nya? Sedangkan kita yang kekurangan kita yang banyak keburukkan tetapi adakah kita nampak keburukkan di dalam diri kita?Tidak kita hanya mencari salah ibu kita semuanya tidak kena.SubhanaAllah berapa banyak lagi air mata berharga itu mengalir kerana kita?
Sedangkan tangan lembut ibu yang selalu membelai kita, tangan lembut ibu juga yang memimpin tangan kita dan tangan lembut ibu jugalah yang selalu menghapus air mata kita.
Nur tidak sanggup kehilangan ratu hati nur sedangkan banyak lagi perkara yang belum dapat nur buktikan kepada dia. Tatap lah ibu kita seikhlas mungkin kerana dengan menatap ibu kita dengan perasaan yang ikhlas kita akan memperoleh pahala.Sebagai seorang anak jadilah penjaga hati ibu kita , jangan lebih pandai menjadi penjaga hati yang tidak sewajarnya.
Ibu adalah segalanya buat kita, menangis untuk ibu kita tidak akan merugikan apa-apa.
Selagi ratu hati kita masih ada persembahkan kasih sayang kita terhadapnya , jaga hatinya, biar ibu kita sentiasa tersenyum bukan terguris hatinya kerana kita.



*Yang baik itu datangnya daripada Allah yang buruk itu datang daripada dalam diri nur sendiri.
Assalammualaikum.Maasalamah.

No comments: